|
MiZz WaNdA
|
|||
|
This blog is my daily remembrance of insights, thoughts, doubts, LOVE OF GOD & lessons in life.... My Struggles, dissapointments,Learning, Achieving, Happiness, Pride |
|||
|
ME MYSELF Mizz Wanda,aka KaK WaN
DEDICATION This blog is specially dedicated to our beloved best friend and sister, Mizz Wanda. We want to thank Mizz Wanda for being there always for us. May all your dreams come true our dearest. May Allah bless you always. AMIN. KAK WANNN... INTERACT SOUNDTRACK
CALENDAR ARCHIVES Ain | MeL | Nida | ELiA | I^LyN | FaRah | ShaMiNi | Al-Huda | Missmaya | Missapple | DrNehaR | BaTriSyia | HamsatuL | FaEz | RiTa | CoMoT | STAR-CATCHERS AiNi | LeNi | ArFa | DaTin | ARiNi | Baiti | Lukluk | Hasnor | Raiyan | WaWa | AiNuL | DaNia | HuMaiRah | LanGsat | CeqTie | KakPnut | IrJa | TiPahVogUe | MaduLebah | TUdUngPurPLe | TiNta_UkhuWah | MyNn | salina | NaiLoFar | KaKLoNg | AriSa | EwEa CuTe | CiK DaUn | CeMpaKaBiru | AiN-aini's twin | ShEyNa | An2BluR | AwIn | JuLiNd | AzaLia | mE | MaKLanG | ShaH | MaRiNa | UmMi | FnD | Ihab | BaNai | ShUq | PurBe | AloNg | EcStaCy | MaT JaN | NiXnItro | AbuHandzalah | ND | FdEhJr(fendi) | NuMMer | KeLaMBu | Oghedaghak | CyBerDaD | AfxZaL | NesLoIce | Op | Abg.ToKei | PakLoNg | NaZmi | CrVBoLa | NiaN | AdY | FeRoL | TariQ | AyARes151 | IwAn | ZaKZaK | BeAn | SuLtanMuzaFFar LINKS GeJu | MMMC | FriendsTer | WaNda's PHoToS | SuLtaNah AsMa SchooL | AcaDemy of Medicine(M'sia) | P'way to Peace NEWS ENTERTAINMENT
|
Monday, April 26, 2004 Go Asma Band Go!
Sekolah Sultanah Asma terbaik di dunia
ALOR STAR 25 April - Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) yang mewakili Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara pada Festival Muzik Antarabangsa Ke-5 di Giulianova, Itali. Lebih membanggakan, pasukan sekolah itu yang ditubuhkan pada 1974 merupakan satu-satunya peserta dari negara Asia pada festival tahunan bertaraf dunia yang diadakan pada 15 hingga 19 April itu. Seramai 72 anggota kumpulan itu menampilkan persembahan yang memukau hati para juri dan rakyat Itali sendiri dengan memenangi kategori Persembahan Terbaik di samping menjulang Piala Formasi dan Kawad Terbaik. Selain Malaysia, enam negara lain yang turut menyertai pertandingan dalam festival tersebut ialah Jerman, Lituania, Romania, Mexico, Ukraine dan Denmark. Pancaragam SMKSA turut mempersembahkan sebuah lagu klasik Itali "Santa Lucia" yang begitu popular di kalangan golongan dewasa di Itali. Presiden Pasukan Pancaragam SMKSA, Alia Nadiha Alias, 17, berkata, berkata kemenangan pasukannya berdasarkan kepada persembahan mantap ketika menyampaikan lagu Santa Lucia. ``Ketika kami menyampaikan lagu itu ramai penonton memberi tepukan gemuruh dan berdiri tegak memberi hormat kepada kami dan pancaragam kami hanya satu-satunya yang menyampaikan lagu itu,'' katanya kepada pemberita di perkarangan sekolah SMKSA. Menurut Alia Nadiha pada festival itu hanya dua pasukan pancaragam sekolah mengambil bahagian itu SMKSA dan dari Mexico manakala pasukan negara lain seperti Jerman, Romania, Lithuania, Denmark dan Ukraine dianggotai golongan dewasa dan beberapa pemain muzik profesional. Malah katanya, persembahan lagu sekolah Asmara, bagi segmen perarakan, Baby Elephant untuk kategori formasi dan lagu Itali Funiculi Funicula untuk segmen konsert, telah berjaya meletakkan SMKSA sebagai pasukan yang terunggul. ``Semasa membawakan lagu Funiculi Funicula, penonton turut sama memberi sokongan dengan menyanyi beramai-ramai dan ini menambahkan semangat kami untuk memberikan persembahan terbaik,'' katanya. Katanya, walaupun menghadapi persaingan sengit daripada pasukan lain, namun itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk membuktikan keupayaan yang ada. Menurut Pengetua SMKSA, Datin Zaleha Abdul Hamid, kemenangan tersebut memberi lebih keyakinan kepada mereka untuk terus berusaha memberikan yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi. ``Kemenangan ini bukan boleh dicapai dalam masa sehari tetapi sebenarnya persiapan rapi dari segi mental dan fizikal telah dilakukan sepanjang tahun. Yang paling penting ialah diterapkan keazaman bahawa penyertaan mereka dalam festival itu adalah untuk menang,'' katanya. Jelas Zaleha, kerjasama dan kesungguhan yang diberikan oleh semua pihak terutama guru-guru, para pelajar, ibu bapa dan kerajaan negeri sendiri merupakan semangat dan pendorong utama kepada kejayaan yang dicapai. Terdahulu, kepulangan kontinjen diketuai oleh Zaleha di sekolah yang terletak di Jalan Langgar, dekat sini telah disambut oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Che Uda Che Nik, pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru-guru, pelajar SMKSA serta ibu bapa dan waris pelajar. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ku Nahar Ku Ibrahim berkata, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain turut mengucapkan tahniah dengan pencapaian cemerlang SMKSA. Sehubungan itu menurut beliau, satu jawatankuasa peringkat negeri akan ditubuhkan untuk menganjurkan satu majlis sambutan besar-besaran bagi meraikan kemenangan yang amat membanggakan kerajaan negeri itu. waaaaaa so good ahh depa skang nih.unlike masa gue skool2 dulu those days..wehaaaaa..so hepy for themm coz hehe i used to be a member of asma's skool band playin saxaphone major..i was shakin juz now readin this news haha..cried a lil bit haha macam la gue yg masuk tat competition..and sis called me juz now tellin about the asma's students.. they came bk yesterday guess so..n know wat..all da way back from Bayan Lepas,Penang airport sampai lah ke Alor Setar diarak oleh polis2..wow! tats amazing,superb deh.today laks..di arak satu Alor staq..nanti nak dikasi pingat wira negara ka pa tah by prime minister n the sultan of kedah..salute2. i wish gue kat sana gaks..;)..the principal must be happy..dulu dia garag giler,,ahar hhistory skang dah naik pangkat.. alahai mizz skool la plaks..dah bertaun2 tak gi visit..ermm k k hafta read surgery..nanti ter uuu aaa uuu aaa nak present da case...orait..ishh tak percaya lagik nihh how la they won..terer siut!..think bcoz of thee instruments oso kut..sure dah improve abeh..gd gd keep it up GUrlszz..make me proud of sultanah asma skool band.. k k duk melalut la plaks...excited terlebih..jeng jeng adiosaa link | posted by mizzwanda @ 9:49 PM | |
||